• Home
  • Polisi Privasi HR

Polisi Privasi HR

NOTIS PRIVASI HR RADIUS LIMITED (“RADIUS”)

Pengenalan

Radius Limited dan syarikat-syarikat bersekutu kami (“Radius”, “kami”) memegang dan memproses data mengenai kesemua kakitangan semasa dan bekas kakitangan, pekerja, kontraktor individu, pekerja pekerja bebas, pemohon, calon-calon temuduga, pekerja-pekerja agensi, konsultan, pengarah, ahli-ahli (contoh rakan kongsi) dan juga pihak ketiga yang mana maklumat telah diberikan oleh anda kepada kami berkaitan dengan hubungan pekerjaan (sebagai contoh waris terdekat, maklumat hubungan kecemasan dan/atau berkaitan) (“staf” atau “awak” atau “anda”).

Kami mengambil serius berkaitan hak perlindungan data dan tanggungjawab undang-undang. Maklumat peribadi anda akan dipastikan selamat dan sulit dan seperti yang tertera dibawah.

‘Notis Privasi’ Sumber Manusia (HR) berikut (juga dirujuk sebagai Notis Pemprosesan Saksama) menggambarkan tentang kategori maklumat peribadi yang boleh kami proses, bagaimana maklumat peribadi anda boleh diproses dan bagaimana privasi anda dilindungi sepanjang hubungan kami dengan anda. Ia bertujuan untuk mematuhi tanggungjawab kami bagi memberikan anda maklumat berkaitan bagaimana pihak Radius memproses maklumat peribadi anda di bawah undang-undang privasi. Ia tidak menjadi sebahagian dari kontrak pekerjaan atau penglibatan anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan cara memproses maklumat peribadi anda dilakukan atau jika anda percaya bahawa hak privasi anda telah dicabuli, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data Radius yang mana butiran maklumatnya telah dicatat pada akhir Notis Privasi HR ini.

Memproses maklumat peribadi

Radius mengumpul dan memproses maklumat peribadi anda bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi HR ini. Maklumat peribadi bermaksud sebarang maklumat yang menerangkan atau berkaitan dengan individu yang telah dikenal pasti atau boleh dikenal pasti. Individu yang boleh dikenalpasti adalah seseorang yang boleh dikenal pasti, secara langsung atau tidak langsung, khususnya dengan merujuk kepada pengecaman seperti nama, nombor pengenalan diri, data lokasi, pengecam dalam talian atau kepada satu atau beberapa faktor yang khusus untuk fizikal, fisiologi, genetik, mental, ekonomi, budaya atau identiti sosial individu tersebut.

Syarikat bersekutu berkaitan dengan Radius yang telah dikenal pasti dalam kontrak pekerjaan atau kontrak untuk perkhidmatan (sama ada dikeluarkan oleh pihak Radius atau pihak ketiga) akan menjadi pengawal data kepada maklumat peribadi anda. Selain itu, jika pemprosesan maklumat peribadi dilaksanakan oleh syarikat-syarikat bersekutu Radius bagi tujuan peribadi mereka, syarikat-syarikat bersekutu ini akan terlibat dalam kawalan bersama maklumat peribadi anda.

Apakah data yang kami proses?

Maklumat Peribadi

Kami boleh mengumpul pelbagai jenis maklumat peribadi berkaitan anda bagi tujuan yang telah dijelaskan dalam Notis Privasi HR ini termasuk:

  • Data berkaitan staf: pangkat, nama depan, nama tengah dan nama keluarga, nama kelahiran, nama pilihan, sebarang nama tambahan, jantina, kewarganegaraan, kewarganegaraan kedua, status sivil/perkahwinan, tarikh lahir, umur, butiran rumah (contoh alamat, nombor telefon, e-mel), nombor pengenalan diri (ID) negara, imigresen dan data kelayakan untuk bekerja, bahasa yang digunakan; waris-terdekat/maklumat perhubungan seseorang yang boleh dipercayai.
  • Data yang berkaitan dengan penglibatan anda dengan Radius: maklumat hubungan kerja (sebagai contoh, alamat, nombor telefon, e-mel), lokasi kerja, waktu asas, bahasa asas, zon waktu dan mata wang untuk lokasi, ID pekerja anda dan pelbagai ID sistem, maklumat semakan prestasi anda, biografi kerja anda, pihak atasan anda, jenis pekerja/kontinjen pekerja anda, tarikh lantikan/kontrak anda bermula dan tamat, jabatan kerja anda, pangkat kerja dan keterangan kerja anda, waktu kerja dan mod kerja anda, sama ada anda sepenuh atau separa masa; tarikh akhir penamatan/kontrak anda; sebab penamatan; hari kerja terakhir anda; temuduga keluar, rujukan, status (aktif/tidak aktif/ditamatkan); jawatan; sebab perubahan dalam pekerjaan dan tarikh perubahan; tarikh permulaan perlindungan manfaat anda;
  • Data pengambilan: kelayakan, rujukan, CV dan pemohonan, data temuduga dan penilaian, maklumat penyiasatan dan pengesahan;
  • Data kawal selia: rekod pendaftaran anda dengan mana-mana pihak berkuasa kawalan yang berkaitan, status kawal selia anda dan apa-apa rujukan kawal selia;
  • Data imbuhan dan faedah: maklumat imbuhan anda (termasuk maklumat gaji/pelan per jam/maklumat bayaran kontrak yang sesuai, elaun, pelan bonus dan merit), maklumat akaun bank, gred, nombor keselamatan sosial, maklumat cukai, maklumat penerima faedah pihak ketiga;
  • Maklumat cuti: rekod tidak hadir (termasuk tarikh dan kategori cuti/time-off), tarikh bercuti dan maklumat yang berkaitan dengan cuti keluarga;
  • Data proses HR: tuduhan, penyiasatan dan rekod prosiding dan hasil akhir, maklum balas rakan sekerja dan pengurus, penilaian, program bakat, proses pengurusan prestasi rasmi dan tidak rasmi, proses kerja yang fleksibel, pelan penyusunan semula dan pertindihan, rekod konsultasi, data pemilihan dan pemindahan, audit kesihatan dan keselamatan, penilaian risiko, laporan kejadian, data yang berkaitan tentang keperluan latihan dan pembangunan atau latihan yang telah diterima;
  • Data pemantauan (setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai): rakaman Litar Tertutup televisyen, log masuk sistem dan bangunan dan rekod akses, taipan komputer, rekod muat turun dan cetakan, rakaman panggilan, data yang ditangkap oleh program keselamatan dan tapisan IT; dan
  • Tuntutan pekerja, data aduan dan pendedahan – aturan penamatan dan pembayaran, perkara melibatkan tindakan undang-undang berdasarkan pekerjaan dan aduan, penglibatan pekerja dalam laporan kejadian dan pendedahan.
Maklumat tambahan tertentu yang boleh dikumpulkan jika perlu dan dibenarkan oleh undang-undang tempatan yang berkenaan.

Maklumat peribadi kategori khas

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, Radius juga boleh mengumpul dan memproses sejumlah maklumat peribadi yang terhad ke dalam kategori khas, kadang-kadang dipanggil sebagai "data peribadi sensitif". Terma ini meliputi maklumat yang berkaitan dengan perkara-perkara seperti kaum atau asal etnik, kepercayaan agama, kesihatan fizikal atau mental (termasuk maklumat berkenaan penginapan atau penyesuaian), maklumat tertentu tentang bersalin/pengambilan anak angkat, keahlian kesatuan pekerja, orientasi seksual, maklumat mengenai kehidupan seksual, data biometrik , data genetik, [rekod jenayah dan maklumat mengenai kesalahan jenayah atau prosiding berkaitan].

Bagaimana Radius boleh mengumpul data?

Radius mengumpul dan merekodkan maklumat peribadi anda dari pelbagai sumber, tetapi kebanyakannya secara langsung daripada anda. Kebiasannya anda akan memberikan maklumat ini secara terus kepada pengurus anda atau Sumber Manusia tempatan yang diboleh dihubungi atau memasukkannya ke dalam sistem kami (sebagai contoh, semasa proses pengambilan, penyertaan anda dalam proses HR, e-mel yang anda hantar atau melalui maklumat lisan yang mungkin telah direkodkan). Di samping itu, maklumat lanjut berkaitan anda akan datang daripada pengurus anda atau Sumber Manusia.

Kami juga akan mengambil beberapa maklumat daripada pihak ketiga, sebagai contoh, maklumat dari bekas majikan sebelum ini, laporan kesihatan dari professional luar, pihak autoriti cukai, penyedia faedah atau apabila kami melantik pihak ketiga bagi menjalankan pemeriksaan latar belakang (seperti yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai).

Dalam sesetengah keadaan, data boleh dikumpul secara tidak langsung dari alat pemantauan atau dengan cara lain (sebagai contoh, sistem kawalan dan pemantauan akses bangunan dan lokasi, televisyen Litar Tertutup, log telefon dan rakaman dan e-mel dan log akses Internet), jika dan setakat mana dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai.  Dalam keadaan ini, data yang dikumpulkan oleh Radius atau pihak ketiga penyedia perkhidmatan yang berkaitan. Jenis data seperti ini umumnya tidak diakses secara rutin tetapi akses boleh terjadi. Akses boleh terjadi, sebagai contoh, dalam situasi dimana Radius sedang menyiasat kebarangkalian berlaku pelanggaran polisi Radius seperti melibatkan urusan perjalanan dan pembayaran balik, penggunaan sistem telefon dan Internet, atau tingkah laku pekerja secara am, atau dimana data diperlukan untuk tujuan pematuhan atau pengebilan. Akses yang lebih kerap terhadap data tersebut boleh berlaku seiring dengan program pengawasan e-mel, seperti yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai.

Apabila kami meminta anda untuk memberikan maklumat peribadi kepada kami secara mandatori, kami akan memaklumkan kepada anda tentang perkara ini semasa waktu pengumpulan dan semasa situasi dimana maklumat tertentu diperlukan oleh kontrak atau statut ini akan dinyatakan. Kegagalan menyediakan maklumat mandatori bermakna bahawa kami tidak dapat menjalankan proses tertentu HR. Sebagai contoh, jika anda tidak menyediakan kepada kami butiran bank anda, kami tidak dapat membuat pembayaran kepada anda. Dalam sesetengah kes, ini mungkin bermakna bahawa kami tidak dapat meneruskan penglibatan atau pekerjaan yang mana Radius tidak mempunyai maklumat peribadi yang dipercayai amat penting bagi memastikan urusan pentadbiran dan pengurusan hubungan kami kepada anda secara efektik dan efisien.

Selain dari maklumat peribadi melibatkan diri anda, anda juga mungkin perlu memberikan maklumat peribadi pihak ketiga kepada Radius, terutamanya ahli tanggungan dan juga keluarga, bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan HR, termasuk pentadbiran faedah dan juga untuk menghubungi ahli waris semasa berlaku kecemasan. Sebelum anda memberikan maklumat peribadi pihak ketiga tersebut kepada Radius, anda wajib memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak ketiga tersebut tentang data yang anda bakal berikan kepada Radius dan juga proses yang bakal dilaksanakan oleh Radius, seperti yang telah dinyatakan dalam Notis Polisi HR ini.

Apakah tujuan dan asas yang sah disisi undang-undang bagi data yang diproses?

Maklumat peribadi anda dikumpulkan dan diproses bagi pelbagai tujuan perniagaan, selaras dengan undang-undang yang terpakai serta mana-mana perjanjian tawar menawar secara kolektif. Kadangkala data mungkin digunakan bagi tujuan yang tidak jelas kepada anda dimana berlaku keaadaan jaminan diperlukan (sebagai contoh, semasa penyiasatan atau prosiding disiplin). Kami juga mungkin akan mengumpul dan memproses maklumat peribadi anda bagi pelbagai tujuan, seperti yang telah dinyatakan dalam Notis Polisi HR ini.

Sekiranya berlaku undang-undang perlindungan data yang memerlukan kami untuk memproses maklumat peribadi anda bagi asas justifikasi spesifik yang sah, secara amnya kami akan memproses maklumat peribadi anda berdasarkan salah satu asas berikut:

  • proses diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang diperlukan oleh Radius (yang mana tujuan tersebut telah dinyatakan di bahagian seksyen atas), kecuali dimana kepentingan tersebut berlaku pertindihan dengan kepentingan anda atau hak asasi dan kebebasan, yang mana memerlukan perlindungan maklumat peribadi;
  • proses diperlukan bagi mematuhi kehendak undang-undang yang Radius tertakluk kepada, atau
  • proses diperlukan bagi perlaksanaan kontrak yang mana anda merupakan sebahagian daripada pihak atau untuk mengambil langkah yang diperlukan anda sebelum menyertai kontrak tersebut.
Kadangkala kami boleh memproses maklumat peribadi anda bagi tujuan kepentingan sah yang diperlukan oleh pihak ketiga, kecuali dimana kepentingan tersebut berlaku pertindihan dengan kepentingan anda atau hak asasi dan kebebasan yang memerlukan perlindungan maklumat peribadi.

Kami telah mengenal pasti beberapa tujuan berikut bagi memproses maklumat peribadi. Tujuan tersebut pada setiap satunya berkaitan dengan asas yang sah disisi undang-undang, seperti yang termaktub dalam undang-undang terpakai. Tujuan tersebut termasuk:

No.       Tujuan pemprosesan                                         Asas undang-undang

  1. a) Pengambilan dan pemilihan
Proses ini diperlukan bagi mengambil langkah semasa pemohon memohon untuk menyertai kontrak pekerjaan.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah untuk membuat penilaian penuh terhadap pemohononan kerja bagi memastikan bahawa hanya calon yang bersesuaian dan bertepatan sahaja dinilai dan dipilih. Radius berpendapat bahawa ini sangat penting bagi memastikan Radius dapat mengenal pasti pemohon yang tepat bagi perniagaannya yang boleh memberikan sumbangan kepada operasi dan budaya kerja.

Radius berhasrat untuk merekrut calon yang terbaik bagi setiap kekosongan jawatan melalui prosedur yang adil, sistematik, pengambilan dan pemilihan yang efektif. Ini membolehkan Radius terus memenuhi objektif perniagaannya, mengekalkan reputasi dan berterusan menarik minat

pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bagi mematuhi kehendak undang-undang yang mana Radius tertakluk.

b)Pemeriksaan yang sesuai untuk pengambilan dan peruntukan pasukan termasuk, pemeriksaan kredit yang relevan dan sesuai, pengesahan untuk kebenaran kerja, pemeriksaan penipuan identiti, pemeriksaan rekod jenayah (setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai), sejarah pekerjaan yang relevan, status kawal selia yang relevan dan kelayakkan profesional.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah dalam menguruskan operasi perniagaan dalam cara yang efektif. Radius perlu membuat keputusan melibatkan masa hadapan perniaagannya bagi mengekalkan operasi perniagaan atau mengembangkan perniagaannya. Kepentingan tersebut termasuklah kepentingan terhadap tenaga kerja secara keseluruhannya dan juga para pelanggan Radius.

Radius berpendapat transformasi perniagaan bagi menyokong matlamat dan hasil perniagaan bagi jangka masa panjang. Radius berharap dapat mengekalkan reputasi dan sentiasa menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bagi mematuhi kehendak undang-undang yang mana Radius tertakluk.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

c)Penyediaan dan pentadbiran imbuhan, faedah dan skim insentif dan pembayaran balik kos perniagaan dan perbelanjaan dan membuat potongan dan sumbangan cukai dan sekuriti sosial yang munasabah.

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah dalam menguruskan tenaga kerja dan menjalankan perniagaannya. Ini termasuk memastikan para pekerja diberikan ganjaran yang sewajarnya dan imbuhan ini ditetapkan pada tahap yang bersesuaian dan menjalankan operasi perniagaan yang normal.

Radius menganggap pengurusan pekerja yang efektif bagi menyokong matlamat dan hasil perniagaan bagi jangka masa panjang. Radius berharap dapat mengekalkan reputasi dan sentiasa menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bagi melaksanakan kontrak diantara Radius dan anda.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

d)Memperuntukkan dan menguruskan tugas dan tanggungjawab dan aktiviti perniagaan yang berkaitan, termasuk perjalanan perniagaan;

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah dalam pengurusan tenaga kerja dan operasi perniagaannya. Ini termasuk memastikan setiap pekerja menjalankan tugas sepatutnya, telah dilatih dengan sewajarnya dan menjalankan peranan mereka dengan betul dan mengikut prosedur yang sesuai dan menjalankan operasi perniagaan yang normal.

Radius menganggap pengurusan pekerja yang efektif bagi menyokong matlamat dan hasil perniagaan bagi jangka masa panjang. Radius berharap untuk mengekalkan reputasinya berkelas dunia dan berterusan menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bagi melaksanakan kontrak diantara Radius dan anda.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

e)Mengenalpasti dan berkomunikasi secara efektif bersama staf;

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah dalam menguruskan tenaga kerja dan menguruskan operasi perniagaannya. Ini termasuk menjalankan operasi perniagaan secara normal dan mengekalkan hubungan dialong bersama para pekerja.

Radius menganggap pengurusan pekerja yang efektif bagi menyokong matlamat dan hasil perniagaan bagi jangka masa panjang.

Proses ini diperlukan bagi melaksanakan kontrak diantara Radius dan anda serta kepatuhan terhadap kehendak undang-undang yang mana Radius tertakluk.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

f)Mengurus dan menjalankan penilaian, tingkah laku, prestasi, kebolehan, ketiadaan dan keluhan berkaitan penilaian, tuduhan, aduan, penyiasatan dan proses dan juga sebarang proses HR secara formal atau tidak formal dan membuat keputusan pengurusan yang berkaitan;

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah dalam pengurusan tenaga kerja dan operasi perniagaannya. Ini termasuk memastikan setiap pekerja menjalankan tugas sepatutnya, telah dilatih dengan sewajarnya dan menjalankan peranan mereka dengan betul dan mengikut prosedur yang sesuai. Ia juga termasuk menangani pekerja yang terlibat dengan kebimbangan dan isu dan menyelesaikannya dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang terpakai.

Radius menganggap pengurusan pekerja yang efektif bagi menyokong matlamat dan hasil perniagaan bagi jangka masa panjang.

Proses ini diperlukan untuk melaksanakan kontrak diantara Radius dan anda.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

g)Latihan, pembangunan, kenaikan pangkat, karier dan pelan penerusan dan pelan perniagaan diluar kawalan;

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah dalam pengurusan tenaga kerja dan operasi perniagaannya. Ini termasuk memastikan setiap pekerja menjalankan tugas sepatutnya, telah dilatih dengan sewajarnya dan menjalankan peranan mereka dengan betul dan mengikut prosedur yang sesuai.

Radius menganggap pengurusan pekerja yang efektif bagi menyokong matlamat dan hasil perniagaan bagi jangka masa panjang.

Proses ini diperlukan bagi mematuhi kehendak undang-undang yang mana Radius tertakluk.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

h)Konsultasi dan rundingan bersama wakil-wakil staf;

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah dalam pengurusan tenaga kerja dan operasi perniagaannya. Ini termasuk menjalankan operasi perniagaan normal dan mengekalkan dialog dengan para pekerja dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang terpakai.

Radius menganggap pengurusan pekerja yang efektif bagi menyokong matlamat dan hasil perniagaan bagi jangka masa panjang. Radius berhasrat untuk mengekalkan reputasinya berkelas dunia dan berterusan menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan untuk mematuhi kehendak undang-undang yang mana Radius tertakluk.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

i)Menjalankan kajian dan penanda aras serta mengenal pasti langkah peningkatan terhadap kerja dan hubungan para pekerja dan penglibatan di tempat kerja (ia sering dijalankan secara tanpa nama akan tetapi mungkin melibatkan data profil seperti umur untuk menyokong analisa keputusan tersebut);

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah dalam pengurusan tenaga kerja dan operasi perniagaannya. Ini termasuk memastikan setiap pekerja menjalankan tugas sepatutnya, telah dilatih dengan sewajarnya dan menjalankan peranan mereka dengan betul dan mengikut prosedur yang sesuai; menjalankan operasi perniagaan secara normal dan mengekalkan dialog dengan para pekerja; memastikan para pekerja menerima imbuhan sepatutnya dan imbuhan ini telah ditetapkan pada tahap sewajarnya; dan mematuhi kehendak peraturan dan undang-undang yang terpakai.

Radius menganggap pengurusan pekerja yang efektif bagi menyokong matlamat dan hasil perniagaan bagi jangka masa panjang. Radius berhasrat untuk mengekalkan reputasinya dan berterusan menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bagi mematuhi kehendak undang-undang yang mana Radius tertakluk.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

j)Memproses maklumat berkenaan ketidakhadiran atau maklumat perubatan berkaitan kesihatan fizikal dan mental atau keadaan untuk; menilai kelayakan berkaitan imbuhan atau faedah bagi ketidakupayaan atau cacat kekal, menentukan kecergasan untuk bekerja, memudahkan proses kembali bekerja, membuat pelarasan atau kemudahan kepada tugas atau persekitaran tempat kerja, membuat keputusan pengurusan berkaitan pekerjaan atau penglibatan atau pekerjaan yang berterusan atau penglibatan atau penempatan semula; dan menjalankan proses pengurusan berkaitan;

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah dalam pengurusan tenaga kerja dan operasi perniagaannya. Ini termasuk memastikan setiap pekerja menjalankan tugas sepatutnya, telah dilatih dengan sewajarnya dan menjalankan peranan mereka dengan betul dan mengikut prosedur yang sesuai dan menguruskan ketidakhadiran pekerja dan kelayakan cuti ;

Ini turut melibatkan pelaksanaan operasi perniagaan secara normal dan mengekalkan dialog bersama para pekerja dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang terpakai.

Radius menganggap pengurusan pekerja yang efektif bagi menyokong matlamat dan hasil perniagaan bagi jangka masa panjang. Radius berhasrat untuk mengekalkan reputasinya dan berterusan menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bagi mematuhi kehendak undang-undang yang mana Radius tertakluk.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

k)Bagi perancangan, pengurusan dan pelaksanaan penstrukturan semula atau pertindihan atau sebarang perubahan program melibatkan konsultasi yang sewajarnya, pemilihan, pencarian pekerjaan alternatif dan berkaitan keputusan pengurusan.

Radius berpendapat ia mempunyai kepentingan sah dalam menguruskan operasi perniagaan melalui cara yang paling efektif. Radius perlu membuat keputusan berkaitan masa hadapan perniagaannya bagi memastikan ia dapat melindungi operasi perniagaannya atau mengembangkan perniaagan. Kepentingan ini melibatkan kepentingan terhadap tenaga kerja secara keseluruhan dan juga para pelanggan Radius.

Radius berpendapat transformasi perniagaan menyokong kepada matlamat dan hasil perniagaan pada jangka masa panjang. Radius berhasrat untuk mengekalkan reputasi berkelas dunianya dan berterusan menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

l)Mematuhi kepada permintaan rujukan yang mana Radius dinamakan oleh individu sebagai perujuk;

Radius berpendapat bahawa ia termasuk dalam kepentingan sah bagi pekerja baru untuk menerima pengesahan maklumat pekerjaan dari Radius bertujuan sebagai pengesahan pada sejarah pekerjaan bekas pekerja.

Proses ini diperlukan untuk melaksanakan kontrak diantara Radius dan anda serta mematuhi kehendak undang-undang yang mana Radius tertakluk.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

m)Melaksanakan e-mel, IT, internet, media sosial, berkaitan HR dan polisi yang lain serta prosedur syarikat. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, Radius menjalankan pengawasan sistem IT milik Radius bagi melindungi dan mengekalkan integriti sistem IT Radius dan infrastruktur; bagi memastikan polisi IT Radius dipatuhi dan untuk mengesan maklumat melalui pencarian jika diperlukan bagi tujuan perniagaan yang sah;

Radius berpendapat ia mempunyai kepentingan sah dalam menguruskan tenaga kerja dan menjalankan perniagaannya. Fungsi HR IT sangat penting bagi memastikan ia dapat dilaksanakan mengikut cara yang paling efektif. Ini termasuk mengekalkan integriti dan keselamatan data dan membantu pengurusan rekod.

Radius berpendapat pengurusan IT yang efektif menyokong kepada matlamat dan hasil perniagaan bagi jangka masa panjang. Radius berharap untuk mengekalkan reputasi berkelas dunianya dan berterusan menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bagi mematuhi kehendak undang-undang yang mana Radius tertakluk.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

n)Memuaskan kehendak peraturan bagi mengawasi seorang yang diambil kerja atau melantik untuk mejalankan perniagaan bagi pihaknya, termasuk mencegah, mengesan, membuat siasatan pelbagai aktiviti dan tingkah laku, sama ada melibatkan urusan perniagaan tertentu atau ke tempat kerja secara umumnya dan membantu pihak berkuasa kawal selia;

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah dalam memastikan perniagaan, pelanggan, pekerja dan sistem dilindungi. Ini termasuk mengesan dan mencegah jenayah atau aktiviti jenayah; memastikan hanya para pekerja yang sewajarnya sahaja terlibat dalam perniagaan kami; dan memastikan patuh dengan syarat yang dikehendaki terhadap kami (oleh kedua-dua undang-undang EU dan bukan EU).

Radius berpendapat perlindungan perniagaan yang efektif menyokong kepada matlamat dan hasil perniagaannya bagi jangka masa panjang.

Radius berharap untuk mengekalkan reputasinya dan berterusan menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bagi mematuhi kehendak undang-undang yang mana Radius tertakluk.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

o)Perlindungan privasi, rahsia dan maklumat kepunyaan Radius, para pekerjanya, para pelanggannya, dan pihak ketiga;

Radius berpendapat ia mempunyai kepentingan sah dalam memastikan perniagaan, pelanggan, para pekerja dan sistem dilindungi. Ini termasuk melindungi aset kami dan integriti sistem kami; dan mengesan dan mencegah kehilangan maklumat rahsia dan maklumat proprietor.

Radius berpendapat perlindungan perniagaan yang efektif menyokong kepada matlamat dan hasil perniagaan bagi jangka masa panjang.

Radius berharap untuk mengekalkan reputasi dan berterusan menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bagi mematuhi kehendak undang-undang yang mana Radius tertakluk.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

p)Mematuhi peraturan dan undang-undang yang terpakai (sebagai contoh, undang-undang cuti bersalin atau ibu bapa, waktu bekerja dan kesihatan dan undang-undang keselamatan, peraturan pencukaian, keperluan konsultasi pekerja, undang-undang pekerjaan yang lain serta peraturan yang mana Radius tertakluk dalam menjalankan perniagaannnya);

Radius berpendapat ia mempunyai kepentingan sah dalam pengurusan tenaga kerja dan menjalankan perniagaannya. Ini termasuk memastikan setiap pekerja menjalankan tugas dengan sepatutnya, telah mendapat latihan yang sewajarnya dan menjalankan peranan dengan betul. Ia juga diperlukan bagi menjalankan operasi perniagaan secara normal dan mengekalkan dialog bersama para pekerja dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang terpakai.

Radius berpendapat pengurusan pekerja yang efektif menyokong kepada matlamat dan hasil perniagaannya bagi jangka masa panjang. Radius berharap dapat mengekalkan reputasinya dan berterusan menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bagi mematuhi kehendak undang-undang yang mana Radius tertakluk.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

q)Perancangan, dengan ketekunan dan implementasi dalam hubungan kearah transaksi komersial atau servis pertukaran yang melibatkan Radius akan memberikan kesan dalam hubungan anda bersama Radius, sebagai contoh penggabungan dan pemerolehan atau pertukaran pekerjaan anda dibawah peraturan pertukaran automatik yang terpakai;

Radius berpendapat ia mempunyai kepentingan sah dalam menguruskan operasi perniagaannya dalam cara yang paling efektif. Radius perlu membuat keputusan melibatkan masa hadapan perniagaannya bagi melindungi operasi perniagaannya atau mengembangkan perniagaannya. Kepentingan ini termasuk kepentingan terhadap tenaga kerja secara keseluruhan dan para pelanggan Radius.

Radius berpendapat transformasi perniagaan menyokong kepada matlamat dan hasil perniagaannya bagi jangka masa panjang. Radius berhasrat untuk mengekalkan reputasinya dan berterusan menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bagi tujuan untuk melaksanakan kontrak diantara Radius dan anda.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

r)Bagi operasi perniagaan dan laporan dokumentasi seperti persiapan laporan tahunan atau tender bagi kerja atau rekod pasukan pelanggan merangkumi penggunaan imej fotografi;

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah dalam menguruskan tenaga kerja dan operasi perniagaannya. Ini termasuk memastikan bahawa setiap pekerja menjalankan tugas dengan betul dan menjalankan operasi perniagaan secara normal.

Radius berpendapat pengurusan pekerja yang efektif menyokong kepada matlamat dan hasil perniagaannya bagi jangka masa panjang. Radius berharap dapat mengekalkan reputasinya dan berterusan menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bagi melaksanakan kontrak diantara Radius dan anda.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

s)Untuk melaksanakan hubungan bersama pembekal pihak ketiga termasuk memberi pendedahan maklumat pemeriksaan yang relevan selari dengan keperluan pelanggan yang sewajarnya kepada pihak pelanggan tersebut, hubungan atau maklumat profesional CV atau imej fotografi sebagai pengenalan kepada pelanggan atau pendedahan maklumat kepada pemprosesan data bagi tujuan penyiapan khidmat kepada Radius;

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah dalam menguruskan tenaga kerja dan operasi perniagaannya. Ini termasuk memastikan bahawa setiap pekerja menjalankan tugas dengan sewajarnya dan menjalankan operasi perniagaan secara normal.

Radius berpendapat pengurusan pekerja yang efektif menyokong kepada matlamat dan hasil perniagaannya bagi jangka masa panjang. Radius berharap dapat mengekalkan reputasinya dan berterusan dapat menarik pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bertujuan bagi melaksanakan kontrak diantara Radius dan anda.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

t)Sekiranya relevan kepada penerbitan dalaman atau luaran bagi tujuan komunikasi yang sewajarnya atau bahan publisiti termasuk melalui media sosial dengan cara yang sepatutnya;

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah dalam menguruskan tenaga kerja dan operasi perniagaannya. Ini termasuk memastikan setiap pekerja menjalankan tugas dengan sewajarnya dan menjalankan operasi perniagaan secara normal.

Radius berpendapat pengurusan pekerja yang efektif menyokong kepada matlamat dan hasil perniagaannya bagi jangka masa panjang. Radius berharap ia dapat mengekalkan reputasi dan berterusan menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bagi tujuan melaksanakan kontrak diantara Radius dan anda serta mematuhi kehendak undang-undang yang mana Radius tertakluk.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

u)Untuk menyokong pentadbiran HR dan pengurusan dan mengekalkan dan memproses rekod umum yang diperlukan bagi menguruskan pekerjaan, pekerja atau hubungan lain dan melaksanakan kontrak diantara pekerjaan atau penglibatan;

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah dalam menguruskan tenaga kerja dan melaksanakan operasi perniagaannya. Ini termasuk memastikan bahawa setiap pekerja menjalankan tugas dengan sewajarnya, telah dilatih dengan betul dan menjalankan peranan dengan sebetulnya dan mengikut prosedur yang sepatutnya; menguruskan pekerja yang tidak hadir dan mendapat kelayakan cuti; menjalankan operasi perniagaan secara normal; mengekalkan dialog bersama pekerja; dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang terpakai.

Radius berpendapat pengurusan pekerja yang efektif menyokong kepada matlamat dan hasil perniagaannya bagi jangka masa panjang. Radius berharap ia dapat mengekalkan reputasinya dan berterusan menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bertujuan bagi melaksanakan kontrak diantara Radius dan anda serta bagi mematuhi kehendak undang-undang yang mana Radius tertakluk.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kehendak sah yang dikehendaki oleh Radius.

v)Untuk mengubah akses kebenaran;

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah dalam menguruskan tenaga kerja dan operasi perniagaannya. Fungsi HR IT adalah sangat penting dalam memastikan bahawa perkara ini boleh dilaksanakan dengan cara yang paling efektif. Ini termasuk mematuhi polisi dan akses kawalan Radius.

Radius berpendapat pengurusan IT yang efektif menyokong kepada matlamat dan hasil perniagaannya bagi jangka masa panjang. Radius berharap ia dapat mengekalkan reputasinya dan berterusan menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bagi tujuan melaksanakan kontrak diantara Radius dan anda serta mematuhi kehendak undang-undang yang mana Radius tertakluk.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

w)Bagi menyediakan sokongan teknikal dan penyelenggaran bagi sistem maklumat HR;

Radius berpendapat bahawa ia mempunya kepentingan sah dalam menguruskan tenaga kerja dan operasi perniagaannya. Fungsi HR IT adalah sangat penting bagi memastikan perkara ini dapat dilaksanakan dengan cara yang paling efektif. Ini termasuk mengekalkan intergriti dan keselamatan data dan memudahkan pengurusan rekod.

Radius berpendapat pengurusan IT yang efektif menyokong kepada matlamat dan hasil perniagaannya bagi jangka masa panjang. Radius berharap ia dapat mengekalkan reputasinya dan berterusan menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bagi tujuan melaksanakan kontrak diantara Radius dan anda serta mematuhi kehendak undang-undang yang mana Radius tertakluk.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

x)Bagi menguatkuasakan hak undang-undang dan kawal selia, dan juga bagi apa-apa tujuan yang berhubungan dengan apa-apa tuntutan undang-undang yang telah dibuat oleh, berlawanan atau jika melibatkan anda;

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah dalam melindungi organisasinya dari pelanggaran undang-undang yang berkaitan dan juga mempertahankan diri dari tindakan undang-undang. Ini diperlukan bagi memastikan bahawa hak undang-undang syarikat dan kepentingan diuruskan sebaiknya.

Radius berpendapat mematuhi undang-undang dan menguruskan hak undang-undang menyokong kepada matlamat dan hasil perniagaannya bagi jangka masa panjang. Radius berharap ia dapat mengekalkan reputasinya dan berterusan menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Proses ini diperlukan bagi melaksanakan kontrak diantara Radius dan anda serta mematuhi kehendak undang-undang yang mana Radius tertakluk.

Proses ini juga diperlukan bagi tujuan kepentingan sah yang dikehendaki oleh Radius.

y)Bagi mematuhi kehendak undang-undang oleh pihak berautoriti (termasuk tanpa sekatan bagi memenuhi keperluan keselamatan nasional atau pihak penguatkuasa undang-undang), permintaan penemuan, atau sekiranya diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, arahan mahkamah, kawal selia pihak kerajaan, atau pihak autoriti kawal selia (termasuk tanpa sekatan perlindungan data, cukai dan pekerjaan), sekiranya di dalam atau di luar negara anda.

Radius berpendapat bahawa ia mempunyai kepentingan sah dalam memastikan ia mematuhi kepada semua kehendak undang-undang yang diletakkan terhadapnya, sekiranya ia merupakan kepatuhan EU atau kepatuhan bukan EU. Radius berharap ia dapat mengekalkan reputasinya sebagai warga korporat yang baik dan bertindak secara wajar dalam kesemua negara yang dijalankan perniagaan.          Ini termasuk bekerjasama dengan pihak autoriti dan badan kerajaan. Sepatutmya, Radius diperlukan untuk mematuhi undang-undang dan peraturan di dalam negara tersebut yang mana ia menjalankan perniagaan dan memerlukan sebaliknya jika ia membawa kepada masalah konflik undang-undang.

Radius berpendapat mematuhi undang-undang dan menguruskan hak undang-undang menyokong kepada matlamat dan hasil perniagaannya bagi jangka masa panjang. Radius berharap ia dapat mengekalkan reputasinya dan berterusan menarik minat pekerja yang berkaliber tinggi.

Penambahan maklumat berkaitan proses maklumat peribadi tertentu mungkin dimaklumkan kepada anda secara tempatan atau seperti yang telah ditetapkan dalam polisi yang terpakai.

Asas undang-undang untuk pemprosesan

Memproses kategori khas berkenaan maklumat peribadi atau data sensitif.

Maklumat peribadi yang sensitif atau kategori khas yang boleh diproses oleh Radius telah ditetapkan di dalam Notis Privasi HR ini.

Sekiranya undang-undang perlindungan data yang terpakai memerlukan kami untuk memproses maklumat peribadi kategori khusus tersebut berdasarkan asas justifikasi undang-undang tertentu, kami akan memproses berdasarkan salah satu asas berikut:

  • Pemprosesan diperlukan bagi tujuan melaksanakan kehendak undang-undang dan menjalankan hak anda atau Radius dalam bidang pekerjaan undang-undang, keselamatan sosial dan undang-undang perlindungan sosial, setakat dibenarkan oleh undang-undang terpakai;
  • Pemprosesan diperlukan bagi tujuan pencegahan atau perubatan pekerjaan, bagi tujuan penilaian keupayaan kerja anda, diagnosis perubatan, penyediaan kesihatan atau penjagaan sosial atau rawatan atau pengurusan berkaitan kesihatan atau sistem penjagaan sosial dan perkhidmatan, setakat dibenarkan oleh undang-undang terpakai;
  • Pemprosesan diperlukan bagi melindungi kepentingan utama anda atau orang lain dimana anda secara fizikal atau tidak berupaya disisi undang-undang untuk memberikan kebenaran (sebagai contoh dalam situasi kecemasan luar biasa, seperti kecemasan perubatan); atau
  • Pemprosesan diperlukan untuk menubuhkan, melaksanakan, atau mempertahankan tuntutan undang-undang.
Ini mungkin termasuk perkara berikut, walaupun ini bukan senarai yang lengkap:

No.       Tujuan pemprosesan. Asas undang-undang

  1. a) Menilai dan mengkaji kelayakan bekerja untuk Radius dalam bidang kuasa di mana anda bekerja
Pemprosesan ini diperlukan bagi tujuan melaksanakan kehendak dan menjalankan hak anda atau Radius dalam bidang undang-undang pekerjaan, keselamatan sosial dan undang-undang perlindungan sosial, setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.
  1. b) Pematuhan kepada pekerjaan, kesihatan dan keselamatan atau undang-undang keselamatan sosial. Sebagai contoh, untuk menyediakan statut undang-undang berkaitan ketidakupayaan atau faedah bersalin, elakkan dari penamatan pekerjaan anda yang melanggar undang-undang, untuk mentadbir perubatan persendirian Radius dan skim ketidakupayaan jangka masa panjang, untuk membuat kemudahan yang bersesuaian atau perubahan dan mengelakkan diskriminasi yang melanggari undang-undang atau peningkatan aduan berkaitan; Proses ini diperlukan bagi tujuan melaksanakan kewajipan dan menjalankan hak anda atau Radius di dalam pekerjaaan undang-undang, keselamatan sosial, dan undang-undang perlindungan sosial, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai.
Setakat mana data ini diuruskan oleh penasihat pekerjaan kesihatan kami, proses ini diperlukan bagi tujuan mencegah atau perubatan pekerjaan, bagi penilaian keupayaan kerja anda, diagnosis perubatan, penyediaan kesihatan atau penjagaan sosial atau rawatan atau pengurusan berkaitan kesihatan atau sistem penjagaan sosial dan perkhidmatan, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai.
  1. c) Pengurusan dan penyiasatan bagi sebarang aduan dibawah polisi keluhan Radius (atau polisi lain yang bersesuaian), dimana sesuatu ciri atau maklumat yang relevan terhadap aduan yang berkaitan, bagi memastikan kepatuhan pada kehendak undang-undang pekerjaan. Proses ini diperlukan bagi tujuan menjalankan kewajipan dan melaksanakan hak anda atau Radius di dalam undang-undang pekerjaan, keselamatan sosial dan undang-undang perlindungan sosial, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai.
Kami boleh mendapatkan kebenaran anda terhadap pemprosesan tertentu yang mungkin tidak dibenarkan di bawah salah satu asas yang dinyatakan di atas. Sekiranya persetujuan diperlukan untuk pemprosesan yang dipersoalkan, ia akan dicari dari anda secara berasingan untuk memastikan ia diberikan secara bebas, telah dimaklumkan dan dengan jelas. Maklumat berkaitan pemprosesan tersebut akan diberikan kepada anda pada masa persetujuan itu diminta, bersama dengan kesan jika tidak memberikan persetujuan sedemikian. Anda harus sedar bahawa ini bukan syarat atau keperluan pekerjaan anda untuk bersetuju terhadap sebarang permintaan untuk kebenaran dari Radius.

Memproses data yang berkaitan dengan kesalahan dan sabitan jenayah

Maklumat peribadi berkaitan tentang kesalahan dan sabitan jenayah hanya akan diproses apabila dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai.

Sebagai contoh:

  • Pemeriksaan rekod jenayah boleh dijalankan semasa pengambilan atau pertukaran yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai; atau
  • tuduhan kesalahan atau sabitan jenayah yang timbul semasa hubungan anda dengan Radius boleh diproses jika diperlukan atau dibenarkan. Sebagai contoh, di mana kita mempunyai keperluan undang-undang atau peraturan untuk melaporkan suatu kesalahan atau undang-undang terpakai membenarkan Radius untuk memproses maklumat berkaitan kesalahan bagi tujuan membuat keputusan berkaitan hubungan anda dan Radius.
Pengekalan maklumat peribadi

Radius berusaha untuk memastikan bahawa maklumat peribadi yang disimpan merupakan yang terkini dan data yang tidak relevan atau berlebihan akan dipadam atau ditukar kepada tanpa nama secara praktikal dan munasabah. Walau bagaimanapun, beberapa maklumat peribadi boleh dikekalkan untuk tempoh masa yang berbeza-beza bagi mematuhi kehendak undang-undang dan kawal selia serta bagi  alasan perniagaan sah yang lain.

Secara umumnya, kami pada akan menyimpan maklumat peribadi anda sahaja hanya selagi mana ia diperlukan bagi tujuan seperti yang telah dikumpulkan. Kebiasaanya ini akan menjadi tempoh pekerjaan/kontrak anda bersama kami ditambah dengan apa-apa tempoh had statut yang terpakai setelah pemergian anda, walau bagaimanapun sesetengah data, seperti maklumat pencen, boleh disimpan lebih lama. Kami boleh menyimpan sesetengah jenis data yang spesifik , sebagai contoh, rekod cukai, bagi tempoh masa yang berlainan, jika diperlukan oleh undang-undang yang terpakai.

Akses kepada data

Di dalam Radius, maklumat peribadi anda boleh diakses oleh atau boleh didedahkan secara dalaman atas dasar perlu-tahu kepada:

  • Sumber Manusia, termasuk pengurus dan ahli pasukan;
  • pengurusan bertanggungjawab bagi menguruskan atau membuat keputusan berkaitan hubungan anda dan Radius atau apabila melibatkan proses HR mengenai hubungan anda dan Radius;
  • pentadbiran sistem; dan
  • apabila diperlukan bagi prestasi tugasan tertentu atau penyelenggaraan sistem oleh staf Radius dalam pasukan seperti IT, HR dan Kewangan.
Maklumat peribadi tertentu, seperti nama anda, lokasi, pangkat kerja, maklumat perhubungan dan sebarang kemahiran yang telah diterbitkan dan profil pengalaman yang boleh juga diakses oleh pekerja yang lain. Langkah-langkah keselamatan yang ada di dalam Radius untuk melindungi data anda telah dinyatakan di bawah.

Maklumat peribadi anda juga boleh diakses oleh pihak ketiga yang mana kami bekerjasama dengan (termasuk tanpa sekatan, Biro Gaji SAGE, penyedia gaji, Pencen Rakyat, dan Undang-undang dan Umum dll) dan syarikat bersekutu mereka dan sub-kontraktor) bagi menyediakan kami dengan perkhidmatan, seperti hosting, sokongan dan penyelenggaraan rangka kerja sistem maklumat HR kami.

Maklumat peribadi juga boleh dikongsi bersama sistem sambungan dalaman tertentu seperti sistem pengambilan rekrut dan pembayaran gaji tempatan dan sistem faedah. Data merangkumi sistem berikut boleh diakses oleh penyedia sistem berkenaan, syarikat bersekutu mereka dan sub-kontraktor.

Contoh pihak ketiga yang mana data anda bakal dikongsi termasuk autoriti cukai, kawal selia autoriti, penanggung insuran Radius, pihak bank, pentadbiran IT, peguam, auditor, pelabur, perunding dan penasihat profesional yang lain, penyedia gaji, dan pentadbiran program faedah Radius. Radius menjangkakan pihak ketiga tersebut untuk memproses sebarang data yang telah didedahkan kepada mereka mengikut undang-undang yang terpakai, termasuk berkenaan rahsia dan keselamatan data.

Jika pihak ketiga bertindak sebagai "pemproses data" (sebagai contoh, pembekal gaji), mereka akan menjalankan tugas mereka bagi pihak kami dan atas arahan kami bagi tujuan yang disebutkan di atas. Dalam kes ini, maklumat peribadi anda hanya akan didedahkan kepada pihak-pihak ini setakat yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan.

Sebagai tambahan, kami boleh berkongsi maklumat peribadi bersama pihak autoriti nasional bagi mematuhi kehendak undang-undang yang mana kami tertakluk. Ini merupakan contoh kes dalam rangka prosiding undang-undang yang boleh berlaku atau masih dalam proses atau audit statut.

Keselamatan data

Radius menggunakan pelbagai kaedah teknikal dan organisasi bagi menjamin maklumat peribadi anda mengikut undang-undang yang terpakai.

Radius komited untuk melindungi keselamatan maklumat peribadi anda yang dikongsi dengan kami. Sebagai menyokong komitmen ini, kami telah melaksanakan langkah teknikal, fizikal dan organisasi yang sepatutnya bagi memastikan tahap keselamatan yang sesuai dengan risiko.

Jika anda menyimpan sebarang jenis maklumat peribadi (sebagai contoh, data yang dikumpulkan dalam e-mel, buku alamat, Excel spreadsheets atau yang terkandung dalam kurikulum vitae atau di tempat lain), anda wajib memastikan bahawa data tersebut disimpan di tempat yang selamat di mana akses yang tidak dibenarkan tidak dapat berlaku. Jika data disimpan dalam hard copy, penyimpanan dalam laci yang berkunci atau kabinet, hanya boleh diakses oleh individu yang dibenarkan, secara amnya merupakan cara paling berkesan untuk melindungi data. Sekiranya data disimpan dalam bentuk elektronik, perlindungan kata laluan yang sesuai dan sepatutnya digunakan pada lokasi yang selamat.

Pemindahan maklumat peribadi

Dari masa ke masa, maklumat peribadi anda (termasuk maklumat peribadi kategori khas) boleh dipindahkan kepada syarikat bersekutu Radius untuk diproses bagi tujuan yang telah dinyatakan dalam Notis Privasi HR ini.

Syarikat-syarikat bersekutu ini boleh ditempat di dalam Kesatuan Eropah (sebagai contoh, Radius Limited, berada di U.K) dan lokasi lain dalam dunia (sebagai contoh, Radius Fleet Services Inc.). Maklumat peribadi boleh dipindahkan kepada pihak ketiga, seperti yang telah dinyatakan di atas.

Akibatnya, maklumat peribadi anda boleh dipindahkan ke negara-negara di luar negara di mana anda bekerja ke negara-negara yang undang-undang perlindungan datanya kurang ketat daripada anda.

Radius akan memastikan bahawa perlindungan yang sepatutnya atau sewajarnya telah tersedia bagi melindungi maklumat peribadi anda dan pemindahan maklumat peribadi anda tersebut mematuhi undang-undang perlindungan data yang terpakai. Apabila diperlukan oleh undang-undang perlindungan data terpakai, Radius harus memastikan perkhidmatan penyedia (termasuk syarikat bersekutu Radius yang lain) menandatangani klausa kontrak yang selaras seperti yang diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah atau mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap pengeksport Radius yang relevan.

Hak-hak anda

Hak untuk mengakses, membetulkan dan memadam maklumat peribadi anda

Radius berhasrat untuk memastikan bahawa kesemua maklumat peribadi adalah betul. Anda juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa perubahan yang berlaku dalam keadaan peribadi (contohnya, perubahan alamat dan akaun bank) akan dimaklumkan kepada Radius supaya kami dapat memastikan bahawa data anda terkini.

Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada mana-mana maklumat peribadi anda yang boleh disimpan oleh Radius, dan meminta untuk pembetulan sebarang data yang tidak tepat berhubungan dengan anda. Selain itu, anda mempunyai hak untuk meminta pemadaman sebarang data yang tidak relevan yang kami sedang simpan tentang anda.

Anda juga mempunyai tambahan hak seperti berikut:

  • Kemudahalihan data - di mana kita bergantung pada persetujuan anda atau fakta bahawa pemprosesan itu diperlukan bagi pelaksanaan kontrak yang mana anda menjadi pihak berdasarkan asas undang-undang bagi pemprosesan, dan maklumat peribadi yang diproses secara automatik bermaksud, anda mempunyai hak untuk menerima kesemua maklumat peribadi sedemikian yang telah anda berikan kepada Radius dalam format yang berstruktur, kebiasaannya digunakan dan format boleh dibaca-mesin, dan juga memerlukan kami untuk menghantarnya kepada pengawal lain di mana ia boleh dilakukan secara teknikal.
  • Hak untuk sekatan pemprosesan - anda mempunyai hak untuk menyekat pemprosesan kami tentang maklumat peribadi anda di mana:
-           anda terlibat sama dalam ketepatan maklumat peribadi sehingga kami telah mengambil langkah yang mencukupi untuk membetulkan atau mengesahkan ketepatannya;

-           di mana pemprosesan melanggar undang-undang tetapi anda tidak mahu kami untuk memadamkan data tersebut;

-           di mana kami tidak lagi memerlukan maklumat peribadi tersebut bagi tujuan pemprosesan, tetapi anda memerlukannya bagi tujuan menubuhkan, melaksanaan atau mempertahankan tuntutan undang-undang; atau

-           di mana anda telah membantah terhadap pemprosesan tersebut yang dibenarkan atas kepentingan sah dasar pengesahan yang masih berjalan (lihat di bawah) di mana Radius mempunyai alasan asas undang-undang untuk meneruskan pemprosesan.

Di mana maklumat peribadi tertakluk kepada sekatan, dengan cara ini kami hanya akan memproses dengan kebenaran anda atau berdasarkan kepada penubuhan, pelaksaan dan pertahanan tuntutan undang-undang.

  • Hak untuk menarik balik kebenaran – di mana anda harus menyediakan kepada kami kebenaran anda untuk memproses data, anda mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran tersebut pada bila-bila masa. Anda boleh melakukan perkara ini jika (i) dalam sesetengah kes, memadamkan data relevan daripada sistem HR (walaupun dalam kes ini, data mungkin masih ada dalam sistem yang berhubung dan back-up sehingga ia dipadamkan mengikut polisi penyimpanan data kami) atau (ii) berhubung dengan Sumber Manusia anda.
  • Hak untuk membantah pemprosesan berdasarkan kepentingan sah – di mana kami bergantung pada kepentingan sah untuk memproses data, maka anda mempunyai hak untuk membantah pemprosesan tersebuh. Jika anda bantah, kami wajib berhenti dari memproses kecuali kami boleh menunjukkan alasan yang sah untuk pemprosesan itu di mana kepentingan anda akan dapat diatasi, hak dan kebebasan atau di mana kami perlu untuk memproses data tersebut bagi menubuhkan, melaksanakan dan mempertahankan tuntutan undang-undang. Di mana kami bergantung kepada kepentingan sah sebagai dasar untuk memproses, kami percaya bahawa kami boleh menunjukkan alasan dasar yang sah tetapi kami akan mengambil kira setiap kes berdasarkan individu.
Anda juga berhak membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan, khususnya di negara tempat tinggal anda, jika anda menganggap bahawa pemprosesan maklumat peribadi anda melanggar undang-undang yang berlaku.

HUBUNGI KAMI

Perhubungan utama bagi setiap isu yang berlaku berdasarkan notis privasi ini adalah Pegawai Perlindungan Data. Pegawai Perlindungan Data boleh dihubungi melalui:

dataprotectionofficer@radiuspaymentsolutions.com; atau

Radius Limited, Eurocard Centre, Herald Park, Herald Drive, Crewe CW1 6EG

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kerisauan berkenaan peraturan kami terhadap notis ini dan juga undang-undang perlindungan data, atau jika anda ingin melaksanakan hak anda, kami menggalakkan anda untuk berhubung dengan kami terlebih dahulu. Kami akan membuat siasatan dan akan memastikan aduan atau tuntutan dapat diselesaikan dan akan berusaha sehabis baik untuk menghormati kehendak anda untuk melaksanakan hak anda secepat yang mungkin dan di dalam sebarang kejadian, di dalam skala masa yang diberikan oleh undang-undang perlindungan data.

Notis Privasi Tambahan

Kami boleh melaksanakan pemprosesan tertentu berkaitan maklumat peribadi yang mana tertakluk kepada Notis Privasi tambahan dan kami akan memberi makluman kepada anda apabila berlaku.

Notis perubahan

Radius boleh membuat penukaran atau mengemaskini Notis Privasi HR ini pada bila-bila masa.

Jika kami membuat penukaran tentang pendekatan kami terhadap perlindungan data, anda akan dimaklumkan tentang pertukaran tersebut atau akan memberi kesedaran bahawa kami telah mengemaskini Notis Privasi HR supaya anda ambil maklum berkaitan maklumat yang kami proses dan bagaimana kami menggunakan maklumat ini.

Notis Privasi HR ini telah dikemasikini dan dikaji pada 26hb November 2019 - Versi 1.1