Dasar Privasi

DASAR PRIVASI RADIUS PAYMENT SOLUTIONS ("RADIUS")

Maklumat penting mengenai Radius:

Radius dan ahli gabungannya (secara kolektif dirujuk sebagai "Radius", "kami") mengambil serius tanggungjawab mereka terhadap perlindungan data dan privasi. ‘Dasar Privasi’ ini (juga sering dirujuk sebagai ‘Notis Pemprosesan Saksama’) menerangkan cara kami mengumpul, menggunakan dan berkongsi maklumat peribadi semasa menjalankan aktiviti perniagaan kami, ini termasuk:

  • Apakah maklumat peribadi yang kami kumpul dan , bila dan mengapa kami menggunakannya.
  • Cara kami berkongsi maklumat peribadi dalam Radius dengan pembekal perkhidmatan kami, pengawal selia dan pihak ketiga yang lain
  • Menjelaskan lebih lanjut mengenai Pemasaran Langsung. Pemprofilan dan Pembuatan Keputusan Automatik
  • Memindahkan maklumat peribadi di peringkat global
  • Cara kami melindungi dan menyimpan maklumat peribadi
  • Hak undang-undang yang ada untuk membantu mengurus privasi anda
  • Cara anda boleh menghubungi kami untuk sokongan selanjutnya
Entiti Radius yang bertanggungjawab terhadap maklumat peribadi anda ialah ahli Radius yang pada mulanya mengumpul maklumat daripada atau mengenai anda. Ini akan dijelaskan semasa maklumat peribadi anda pertama sekali dikumpul oleh entiti Radius itu, sebagai contoh, semasa anda atau perniagaan yang anda bekerja melibatkan kami untuk menyediakan perkhidmatan atau semasa kami melibatkan anda untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Radius di corporate.radius.com atau dengan menghubungi kami menggunakan maklumat di bahagian hubungi kami.

Jika anda tidak lagi ingin menerima sebarang bahan Pemasaran, anda boleh hentikan melanggan dengan menghantar e-mel unsubscribe@radiuspaymentsolutions.com

Kami boleh meminda notis ini dari masa ke masa untuk memastikan ia dikemaskinikan selaras dengan keperluan undang-undang dan cara kami mengendalikan perniagaan kami. Sila sentiasa semak halaman-halaman ini untuk melihat versi terkini notis ini.

Anda mungkin menemui pautan luaran ke laman web pihak ketiga di laman web kami. Notis privasi ini tidak berkaitan dengan penggunaan laman web pihak ketiga oleh anda

APAKAH MAKLUMAT PERIBADI YANG KAMI KUMPUL , BILA DAN MENGAPA KAMI MENGGUNAKANNYA

Dalam bahagian ini anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang

·      jenis maklumat peribadi yang kami kumpul

·      bila kami mengumpul maklumat peribadi

·      cara kami menggunakan maklumat peribadi

·      asas undang-undang untuk menggunakan maklumat peribadi

Bilakah kami mengumpul maklumat

Kami mengumpul maklumat mengenai anda jika anda:

  • mendaftar dengan atau menggunakan salah satu daripada laman web atau perkhidmatan dalam talian kami;
  • membeli salah satu daripada perkhidmatan kami;
  • bekerja dengan kami sebagai rakan niaga; atau
  • anda dikenal pasti sebagai pelanggan atau rakan niaga yang berpotensi,
secara kolektif ("anda")

Maklumat peribadi yang kami kumpul dan gunakan jika anda menggunakan laman web atau perkhidmatan dalam talian kami

Di laman web kami, maklumat peribadi (seperti nama, alamat, nombor telefon atau alamat e-mel anda) dikumpul apabila anda menyerahkannya menerusi borang laman web secara sukarela semasa meminta maklumat mengenai perkhidmatan kami. Maklumat lain yang mungkin juga merupakan maklumat peribadi (seperti jenis pelayar anda, sistem operasi, alamat IP, nama domain, bilangan kali anda melawat laman web, tarikh-tarikh anda melawat laman web, dan jumlah masa yang anda habiskan melihat laman web) mungkin dikumpulkan melalui kuki dan teknologi penjejakan yang lain (seperti fail GIF telus). Maklumat Agregat (seperti berapa kali pelawat log masuk ke laman web) juga boleh dikumpulkan.

Maklumat peribadi yang kami kumpul dan gunakan jika anda membeli salah satu produk atau perkhidmatan kami

Sekiranya anda membeli atau menerima perkhidmatan kami, kami boleh mengumpul:

  • maklumat pengenalan dan perhubungan asas (seperti nama, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel anda) untuk memenuhi pesanan anda, menyediakan perkhidmatan kami dan mengurus akaun anda;
  • maklumat kewangan (seperti maklumat akaun bank, maklumat pendaftaran cukai, pengebilan dan butiran) untuk mengurus dan memproses bayaran yang anda buat kepada kami;
  • maklumat yang dipegang oleh agensi rujukan kredit dan agensi pencegahan penipuan, untuk menilai permohonan anda bagi menggunakan perkhidmatan kami;
  • maklumat tentang penggunaan produk dan perkhidmatan kami oleh anda dan tahap kepuasan anda dengannya, untuk terus meningkatkan taraf produk dan perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda; dan
  • berkaitan dengan produk dan perkhidmatan telematik kami, maklumat berasaskan lokasi.
Maklumat peribadi yang kami kumpul dan gunakan jika anda bekerja dengan kami sebagai rakan niaga

Sekiranya anda diupah oleh kami untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan kepada Radius, kami boleh mengumpul:

  • maklumat pengenalan dan perhubungan asas (seperti nama, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel anda) untuk memenuhi pesanan anda, menyediakan perkhidmatan kami dan mengurus akaun anda;
  • maklumat kewangan (seperti maklumat akaun bank, maklumat pendaftaran cukai, pengebilan dan butiran) untuk mengurus dan memproses bayaran yang anda buat kepada kami; dan
  • maklumat yang dipegang oleh agensi rujukan kredit dan agensi pencegahan penipuan, untuk menilai permohonan anda bagi menggunakan perkhidmatan kami.
Maklumat peribadi yang kami kumpul dan gunakan jika anda dikenal pasti sebagai pelanggan atau rakan niaga yang berpotensi

Kami mengumpul maklumat secara langsung, daripada ahli-ahli kumpulan Radius, dan daripada pembekal utama pihak ketiga lain mengenai organisasi yang kami rasa ingin mendengar daripada kami atau menerima produk dan perkhidmatan kami. Dalam keadaan tersebut, kami boleh mengumpul maklumat pengenalan dan perhubungan asas (seperti nama, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel anda) untuk memenuhi pesanan anda, menyediakan perkhidmatan kami dan menguruskan akaun anda untuk memasarkan barangan dan perkhidmatan kami kepada anda. Kami hanya berbuat demikian mengikut pilihan anda dan seperti yang dijelaskan dalam notis privasi ini.

Asas undang-undang untuk menggunakan maklumat peribadi anda

Kami hanya akan mengumpul, menggunakan dan berkongsi maklumat peribadi anda jika kami berpuas hati bahawa kami mempunyai asas undang-undang yang sewajarnya untuk melakukannya. Ini mungkin kerana:

  • anda telah memberi persetujuan anda kepada kami untuk menggunakan maklumat peribadi, sebagai contoh, berkaitan dengan aktiviti pemasaran langsung elektronik kami);
  • penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami adalah demi kepentingan sah kami sebagai sebuah organisasi komersil (sebagai contoh, jika kami ingin memasarkan perkhidmatan kami kepada pelanggan perniagaan yang berpotensi, atau untuk membuat penambahbaikan kepada produk dan perkhidmatan kami) - dalam kes-kes ini, kami akan menjaga maklumat anda sepanjang masa dengan cara yang bersesuaian dan menghormati hak-hak privasi anda dan anda berhak membantah pemprosesan seperti yang dijelaskan dalam bahagian Hak Undang-undang di bawah ini;
  • penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami adalah perlu untuk melaksanakan kontrak atau mengambil langkah-langkah untuk mengikat kontrak dengan anda, sebagai contoh, maklumat perhubungan dan maklumat pengebilan asas anda yang diperlukan untuk membuat/mengambil bayaran; dan/atau
  • penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami adalah perlu untuk mematuhi kewajipan undang-undang atau kawal selia yang berkaitan dengan kami, sebagai contoh, jika kami dikehendaki mendedahkan maklumat peribadi kepada mahkamah atau pihak berkuasa cukai.
BERKONGSI MAKLUMAT PERIBADI DALAM RADIUS, DENGAN PEMBEKAL PERKHIDMATAN KAMI, PENGAWAL SELIA KAMI

Dalam bahagian ini, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara kami berkongsi maklumat peribadi:

·      dalam Radius

·      dengan pihak ketiga yang membantu kami menyediakan produk dan perkhidmatan kami; dan

·      pengawal selia kami.

Kami berkongsi maklumat anda dengan cara dan untuk tujuan-tujuan yang dijelaskan di bawah:
  1. dalam Radius, jika pendedahan tersebut adalah perlu untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada anda atau untuk menguruskan perniagaan kami. Klik di sini untuk melihat senarai ahli gabungan Radius;
  2. dengan pihak ketiga yang membantu menguruskan perniagaan kami dan menyampaikan perkhidmatan. Pihak-pihak ketiga ini telah bersetuju dengan sekatan kerahsiaan dan menggunakan mana-mana maklumat peribadi yang kami kongsi dengan mereka atau yang mereka kumpul bagi pihak kami hanya untuk tujuan menyediakan perkhidmatan yang dikontrakkan kepada kami. Ini termasuk pembekal khidmat IT (Teknologi Maklumat) yang membantu menguruskan sistem IT dan ruang peralatan kami;
  • dengan agensi dan organisasi rujukan kredit yang bekerja untuk mencegah penipuan dalam perkhidmatan kewangan;
  1. dengan pengawal selia kami, yang mungkin termasuk Pejabat Pesuruhjaya Maklumat UK dan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan lain yang berkaitan, untuk mematuhi semua undang-undang, pengawalan dan peraturan yang dapat dikenakan, dan permintaan daripada agensi penguatkuasaan undang-undang, kawal selia dan agensi kerajaan yang lain;
  2. kami boleh berkongsi maklumat bukan peribadi dalam bentuk agregat dan statistik, mengenai pelawat ke laman web kami, corak trafik dan penggunaan laman web dengan rakan niaga, ahli gabungan atau pengiklan kami.
  3. Sekiranya, pada masa akan datang, kami menjual atau memindahkan sebahagian atau semua aset perniagaan kami kepada pihak ketiga, kami boleh mendedahkan maklumat tentang perniagaan atau aset kami kepada pembeli pihak ketiga yang berpotensi atau sebenar.
 MENJELASKAN DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG PEMASARAN LANGSUNG, PEMPROFILAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN AUTOMATIK
Dalam bahagian ini, anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang
  • cara kami menggunakan maklumat peribadi untuk memberikan anda maklumat terkini tentang produk dan perkhidmatan kami.
  • cara anda boleh mengurus pilihan pemasaran anda
  • bila dan bagaimana kami menjalankan pemprofilan dan analisis
  • bila dan bagaimana kami melaksanakan pembuatan keputusan automatik
Cara kami menggunakan maklumat peribadi untuk memberikan anda maklumat terkini tentang produk dan perkhidmatan kami

Kami boleh menggunakan maklumat peribadi untuk memberitahu anda tentang produk dan perkhidmatan Radius yang kami yakin akan menarik minat anda. Kami boleh menghubungi anda melalui e-mel, pos, telefon atau melalui saluran komunikasi lain yang kami rasa akan dapat membantu anda. Dalam semua kes, kami akan menghormati pilihan anda tentang cara anda ingin kami menguruskan aktiviti pemasaran dengan anda.

Cara anda boleh mengurus pilihan pemasaran anda

Untuk melindungi hak privasi dan memastikan anda mempunyai kawalan terhadap cara kami menguruskan pemasaran dengan anda:

  • kami akan mengambil langkah-langkah untuk mengehadkan pemasaran langsung ke tahap yang munasabah dan sepadan dan hanya menghantar komunikasi kepada anda yang kami percaya mungkin menarik minat atau berkaitan dengan anda;
  • anda boleh meminta kami menghentikan pemasaran langsung pada bila-bila masa - anda boleh meminta kami berhenti menghantar e-mel pemasaran, dengan mengikuti pautan 'berhenti melanggan' yang anda akan temui pada semua mesej e-mel pemasaran yang kami hantar kepada anda. Atau pun, anda boleh menghubungi kami di [pautan ke halaman ‘Hubungi kami’]. Sila nyatakan sama ada anda mahu kami menghentikan semua bentuk pemasaran atau hanya jenis yang tertentu (cth. e-mel); dan
  • anda boleh mengubah cara pelayar anda menguruskan kuki, yang mungkin digunakan untuk menyampaikan pengiklanan dalam talian, dengan mengikuti tetapan pada pelayar anda seperti yang dijelaskan di bawah.
Kami mengesyorkan anda menyemak secara rutin tetapan pilihan dalam akaun Radius anda.

Bila dan bagaimana kami menjalankan pemprofilan dan analisis

Sila rujuk dasar kuki kami.

Bila dan bagaimana kami melaksanakan pembuatan keputusan automatik

  • Semakan penarafan kredit
  • Tingkah laku pemandu melalui maklumat telematik kenderaan
MEMINDAHKAN MAKLUMAT PERIBADI DI PERINGKAT GLOBAL

Dalam bahagian ini, anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang:

·      cara kami beroperasi sebagai sebuah perniagaan global dan memindahkan data di peringkat antarabangsa.

·      pengaturan yang kami ada untuk melindungi maklumat peribadi anda jika kami memindahkannya ke luar negara.

Radius beroperasi secara global. Oleh itu, maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan dan disimpan di negara-negara di luar Kesatuan Eropah (EU), termasuk Amerika Syarikat, yang tertakluk kepada standard perlindungan data yang berbeza. Radius akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa pemindahan maklumat peribadi adalah menurut undang-undang berkenaan  dan diuruskan secara berhati-hati untuk melindungi hak privasi dan kepentingan anda dan pemindahan dihadkan ke negara-negara yang diiktiraf sebagai menyediakan tahap perlindungan undang-undang yang mencukupi atau sekiranya kami berpuas hati bahawa pengaturan alternatif disediakan untuk melindungi hak-hak privasi anda. Untuk mencapai matlamat ini:
  • kami memastikan pemindahan dalam Radius akan dilindungi oleh satu perjanjian yang dimeterai oleh ahli-ahli Radius (perjanjian intrakumpulan) yang secara kontrak mewajibkan setiap ahli memastikan bahawa maklumat peribadi mendapat tahap perlindungan yang mencukupi dan konsisten di mana sahaja ia dipindahkan dalam Radius;
  • sekiranya kami memindahkan maklumat peribadi anda di luar Radius atau kepada pihak ketiga yang membantu menyediakan produk dan perkhidmatan kami, kami mendapatkan komitmen berkontrak daripada mereka untuk melindungi maklumat peribadi anda. Sebahagian daripada jaminan ini adalah skim pensijilan yang diiktiraf seperti Perisai Privasi EU - AS untuk perlindungan maklumat peribadi yang dipindahkan dari dalam EU ke Amerika Syarikat; atau
  • sekiranya kami menerima permintaan untuk maklumat daripada penguatkuasa undang-undang atau pengawal selia, kami mengesahkan permintaan ini dengan teliti sebelum sebarang maklumat peribadi didedahkan.
CARA KAMI MELINDUNGI DAN MENYIMPAN MAKLUMAT ANDA

Keselamatan

Kami telah melaksanakan dan mengekalkan langkah-langkah, dasar dan prosedur teknikal dan organisasi yang sesuai yang bertujuan mengurangkan risiko kemusnahan atau kehilangan yang tidak disengajakan, atau pendedahan dan akses yang tidak dibenarkan kepada maklumat sedemikian yang sesuai dengan jenis maklumat berkenaan. Langkah-langkah yang kami ambil termasuk meletakkan syarat-syarat kerahsiaan terhadap kakitangan dan penyedia perkhidmatan kami; memusnahkan atau menjadikan maklumat peribadi tanpa nama secara kekal jika ia tidak lagi diperlukan untuk tujuan ia dikumpulkan dahulu.

Menyimpan maklumat peribadi anda

Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda selagi ia sewajarnya perlu untuk tujuan ia dikumpul, seperti yang dijelaskan dalam notis ini. Dalam sesetengah keadaan, kami boleh menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh masa yang lebih lama, contohnya jika kami dikehendaki berbuat demikian mengikut keperluan undang-undang, kawal selia, cukai, perakaunan.

Dalam keadaan tertentu, kami boleh menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh masa yang lebih lama supaya kami mempunyai rekod yang tepat mengenai urusan anda dengan kami sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertikaian, atau jika kami sewajarnya percaya terdapat prospek litigasi berkaitan dengan maklumat peribadi atau urusan anda.

 

HAK UNDANG-UNDANG YANG ADA UNTUK MEMBANTU MENGURUS PRIVASI ANDA

Tertakluk kepada pengecualian tertentu, dan dalam sesetengah kes bergantung pada aktiviti pemprosesan yang kami lakukan, anda mempunyai hak tertentu terhadap maklumat peribadi anda. Klik pada pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang setiap hak yang anda mungkin ada:

  • Untuk mengakses maklumat peribadi
  • Untuk membetulkan / memadam maklumat peribadi
  • Untuk mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda
  • Untuk memindahkan maklumat peribadi anda
  • Untuk membantah pemprosesan maklumat peribadi
  • Untuk membantah cara kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung
  • Untuk mendapatkan salinan perlindungan maklumat peribadi yang digunakan untuk pemindahan di luar bidang kuasa anda
  • Untuk membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan tempatan anda
Kami mungkin meminta maklumat tambahan daripada anda untuk mengesahkan identiti dan untuk tujuan keselamatan, sebelum mendedahkan maklumat peribadi yang diminta kepada anda. Kami berhak untuk mengenakan bayaran jika dibenarkan oleh undang-undang, contohnya jika permintaan anda jelas tidak berasas atau berlebihan.

Tertakluk kepada pertimbangan undang-undang dan pertimbangan lain yang dibenarkan, kami akan membuat segala usaha yang munasabah untuk menunaikan sebarang permintaan dengan segera atau memaklumkan anda jika kami memerlukan maklumat lanjut untuk memenuhi permintaan anda.

Kami tidak semestinya dapat memenuhi permintaan anda sepenuhnya, contohnya jika ia akan menjejaskan tanggungjawab kerahsiaan kami kepada orang lain, atau jika kami berhak di sisi undang-undang untuk menangani permintaan tersebut dengan cara yang berbeza.

Hak untuk mengakses maklumat peribadi

Anda berhak untuk meminta kami memberikan anda satu salinan maklumat peribadi anda yang kami pegang dan anda berhak untuk dimaklumkan mengenai;

  • sumber maklumat peribadi anda;
  • tujuan, asas undang-undang dan kaedah pemprosesan;
  • identiti pengawal data; dan
  • entiti atau kategori entiti yang maklumat peribadi anda boleh dipindahkan kepadanya.
Hak untuk membetulkan atau memadam maklumat peribadi

Anda berhak untuk meminta kami membetulkan maklumat peribadi yang tidak tepat Kami mungkin berusaha mengesahkan ketepatan maklumat peribadi sebelum membetulkannya.

Anda juga boleh meminta kami memadam maklumat peribadi anda dalam keadaan yang terhad sekiranya:

  • ia tidak lagi diperlukan untuk tujuan ia dikumpul; atau
  • anda telah menarik balik persetujuan anda (sekiranya pemprosesan data adalah berdasarkan persetujuan); atau
  • susulan kejayaan hak untuk membantah; atau
  • ia telah diproses secara tidak sah; atau
  • untuk mematuhi kewajipan undang-undang yang Radius tertakluk kepadanya.
Kami tidak diwajibkan mematuhi permintaan anda untuk memadam maklumat peribadi jika pemprosesan maklumat peribadi anda adalah perlu:
  • untuk mematuhi kewajipan undang-undang; atau
  • untuk penetapan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang;
Hak untuk mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda

Anda boleh meminta kami menyekat maklumat peribadi anda, tetapi hanya jika:

·      ketepatannya dipertikaikan, untuk membolehkan kami mengesahkan ketepatannya; atau

·      pemprosesan tersebut menyalahi undang-undang, tetapi anda tidak mahu ia dipadamkan; atau

·      ia tidak lagi diperlukan untuk tujuan ia dikumpul, tetapi kami masih memerlukannya untuk menetapkan, melaksanakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang; atau

  • anda telah melaksanakan hak untuk membantah, dan pengesahan alasan utama masih belum selesai.
Kami boleh terus menggunakan maklumat peribadi anda selepas permintaan untuk sekatan, jika:
  • kami mempunyai persetujuan anda; atau
  • untuk menetapkan, melaksanakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang; atau
  • untuk melindungi hak-hak orang sebenar atau orang di sisi undang-undang.
Hak untuk memindahkan maklumat peribadi anda

Anda boleh meminta kami memberikan maklumat peribadi anda kepada anda dalam format berstruktur, yang biasa digunakan, boleh dibaca oleh mesin, atau anda boleh meminta ia dipindahkan terus kepada pengawal data yang lain, tetapi dalam setiap kes hanya jika:

  • pemprosesan adalah berdasarkan persetujuan anda atau pelaksanaan satu kontrak dengan anda; dan
  • pemprosesan dijalankan dengan cara automatik.
Hak untuk membantah pemprosesan maklumat peribadi anda

Anda boleh membantah sebarang pemprosesan maklumat peribadi anda yang mempunyai kepentingan undang-undang kami sebagai asas undang-undang, jika anda percaya hak-hak asas dan kebebasan anda mengatasi kepentingan sah kami.

Jika anda mengemukakan bantahan, kami mempunyai peluang untuk menunjukkan bahawa kami mempunyai kepentingan undang-undang yang mendorong yang mengatasi hak dan kebebasan anda.

Hak untuk membantah cara kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung

Anda boleh meminta kami menukar cara kami menghubungi anda untuk tujuan pemasaran.

Anda boleh meminta kami untuk tidak memindahkan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung atau apa-apa tujuan lain kepada pihak ketiga yang bukan ahli gabungan.

Hak untuk mendapatkan salinan perlindungan maklumat peribadi yang digunakan untuk pemindahan di luar bidang kuasa anda

Anda boleh meminta salinan bagi, atau rujukan kepada, perlindungan sekiranya maklumat peribadi anda dipindahkan di luar Kesatuan Eropah.

Kami berhak menyunting sebarang perjanjian pemindahan data untuk melindungi kepentingan komersil kami.

Hak untuk membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan tempatan anda

Anda berhak untuk membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan tempatan anda jika anda mempunyai kebimbangan tentang cara kami memproses maklumat peribadi anda.

Kami meminta supaya anda cuba menyelesaikan sebarang isu dengan kami terlebih dahulu, walaupun anda berhak menghubungi pihak berkuasa penyeliaan anda pada bila-bila masa.

HUBUNGI KAMI

Titik utama perhubungan untuk semua isu yang timbul daripada notis privasi ini, adalah Pegawai Perlindungan Data kami. Pegawai Perlindungan Data boleh dihubungi melalui:

  • dataprotectionofficer@radiuspaymentsolutions.com; atau
  • Radius Payment Solutions, Eurocard Centre, Herald Park, Herald Drive, Crewe CW1 6EG
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan berhubung pematuhan kami dengan notis ini dan undang-undang perlindungan data, atau anda ingin melaksanakan hak-hak anda, kami menggalakkan anda untuk menghubungi kami terlebih dahulu. Kami akan menyiasat dan cuba untuk menyelesaikan aduan dan pertikaian dan akan membuat segala usaha yang munasabah untuk menunaikan keinginan anda,  melaksanakan hak-hak anda dengan secepat mungkin dan dalam apa jua keadaan, dalam skala masa yang diperuntukkan oleh undang-undang perlindungan data.

Notis Privasi Tambahan

Kami mungkin menjalankan pemprosesan maklumat peribadi tertentu yang tertakluk kepada Notis Privasi tambahan dan kami akan membawa perkara ini kepada perhatian anda jika ia terlibat.

Notis perubahan

Radius boleh mengubah atau mengemas kini Notis Privasi ini pada bila-bila masa.

Sekiranya kami mengubah pendekatan kami terhadap perlindungan data, anda akan dimaklumkan tentang perubahan ini atau diberitahu bahawa kami telah mengemas kini Dasar Privasi supaya anda tahu maklumat mana yang kami proses dan cara kami menggunakan maklumat ini.

Notis Privasi ini kali terakhir dikemas kini dan disemak semula pada 26hb November 2019 – Versi 1.1.